Rahsia Di sebalik BUDU - Makan Budu Cegah Kanser?

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memilikigluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.



KAJIAN KE ATAS BUDU

Satu kajian yang dijalankan ahil pemakanan dari Jepun, Australia, USA, New Zealand dan German telah menemukan bahan-bahan yang ada dalam budu yang diperbuat dari ikan bilis lumat, mengandung gluthaione ( bahan anti-oksidan), mengeluar sisa toksik dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh (imun) yang dapat memrangi perbagai penyakit berbahaya serta menghalang kanser.

Kini terbukti makanan tradisional orang-orang Kelantan yang sering dianggap lekeh rupanya mengandungi seribu macam khasiat tersembunyi.
Mengikut pendapat ramai, orang-orang Kelantan lebih pintar dari orang Melayu lain di Malaysia kerana orang-orang Kelantan suka Makan Budu. Dari segi business, orang Melayu Kelantan lebih ramai berniaga dari bangsa Melayu lain.


Dalam kajian oleh pakar-pakar tersebut dinyatakan bahawa wajah orang-orang yang makan budu kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, anda disarankan supaya memakan budu asli kerana kajian mendapati ia berpotesi melawan radikal bebas sekali gus menahan penuaan.


Malah budu berupaya mencegah penyakit aterosklerosis ( timbunan lemak didinding pembuluh darah), koroner jantung, kencing manis dan kanser pada peringkat awal.

Selain itu, kandungan budu mempunyai zat antibakteria cirit birit, penurunan kolestrol darah, pencegah sakit jantung dan tekanan darah.



MENCEGAH KANSER

Budu mengandungi jumlah mineral zat besi, kalsium, magnesium dan zat antioksidan dalam bentuk isoflavon untuk menhentikan reaksi pembentukan bebas.
Radikal bebas adalah atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan kanser, tumor, penuaan dan kematian sel.
Adanya antioksidan dalam budu, akan bertindak mencegah pembentukan radikal bebas. Ini terbukti apabila penyelidik dari Universiti Carolina, USA menemui unsur genestein dan phytoestrogen didalam budu yang sememangnya terbukti dapat mencegah kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Selian dari kualiti protein berkualiti tinggi didalam ramuan budu, makanan orang-orang kelantan ini turut mengandungi sumber serat yang baik.
Kandungan serat mampu mencapai antara 8 hingga 10 peratus setiap 100 grm budu.
Jumlah ini sudah lebih mencukupi seperti disarankan oleh Pusat Penyelidikan Kanser kebangsaan iaitu 30 %.

MERANGSANG SEL OTAK (SEL OTAK MUDAH BERHUBUNG)

Mengambil budu dalam sajian lengkap harian dikatakan meningkatkan IQ. Budu merangsang sel otak dan mengukuhkan ikatan antara neuron serta menguatkan neuron lemah.


Merawat kembung Perut
Budu turut menrencat pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab gejala kembung perut dikalangan kanak-kanak dan remaja.



Kandungan Vitamin

Ada dua kumpulan vitamin pada budu iaitu Vitamin larut air ( B kompleks) dan vitamin larut lemak ( Vit A, D, E & K)
Vitamin B adalah sumber vitamin utama terkandung dalam budu dan terbahagi kepada pecahan lain seperti B1 (thiamin), B2 (roboflavin), asid pantotenat, nisbah B6, B 12 ( sianokobalamin)
Secara saintifik, budu menjadi penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan bakteria klebsiella pneumoniae dan citobacter frundin.
I memapu membentuk sel darah merah dan mencegah penyakit anaemia, sakit perut dan berat badan.



Budu pilihan saya sudah tentulah budu durian..nasi kerabu wajib ada budu..takdok budu nasi kerabu tak jalan








PENGEDAR SHAKLEE YANG MESRA

id: 926721
012-9900-190
COD: PASIR PUTEH, PASIR MAS, JERTEH/BESUT

POS SELURUH MALAYSIA

SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...