Bagi warga Kelantan..Nasi Ulam Cikgu memang sudah tersohor serata alam..keistimewaan Nasi Ulam Cikgu tak perlu saya nak ceritakan lagi dah..selain daripada harga nya yang amat murah..lauk pauk yang di sediakan memang memenuhi citarasa Ore Kelate
Saya di antara peminat setia Nasi Ulam Cikgu..kerangupan ayam goreng kat situ tambah pulak dengan kuah gulai ikan keli memang ummphhhh lah. Sos wajib ulam budu tu jangan sesekali tinggal..haaa..3 menu ni adalah lauk wajib yang kami selalu makan..kami ni jenis tak reti makan lauk banyak..memang ini je la menu yang kami amik letak atas meja
Yang saya nak citekan kali ni..Nasi Ulam Cikgu dah buka cawangan baru iaitu di RTC Tunjung..saya ni duk Pasir Mas..jadi memang dekat sangatla dengan RTC tu..memang happy sangat bila tau ada cawangan baru kat situ. Biasanya kami akan ke KB untuk makan nasi ulam cikgu ni..(satu lagi cawangan di Pengkalan Chepa)
Sebenarnya ramai yang tak tahu Nasi Ulam Cikgu yang ada kat RTC Tunjung ni..jadi buat mereka yang belum tahu..ni saya nak bagitau..bukannya baru buka pun..dah masuk 2 tahun dah di buka..kitorang pun kiranya dah jadi pelanggan tetap kat RTC tu lebih kurang 2 tahun jugak la.. beza cawangan di RTC ni tempatnya tak sebesar di 2 cawangan yang lain..namun menunya tetap sama..itu yang best
Dekat sini suasananya lebih santai..relax je tak perlu nak beratur..nak berebut..nak kena chupp tempat..sebab tu saya lebih suka pilih makan kat RTC ni compare dengan KB dan PC (lagipun paling dekat dengan lokasi tempat tingal saya)
Pengunjung tak sesesak di KB & PC..kalau kat tempat tumpuan utama tu..memang agak haru sikit la sebab nak kena bersesak-sesak..so kelebihan paling syok kat sini..suasana yang amat santai.
Lokasi Nasi Ulam Cikgu ni betul-betul dalam RTC kat tempat medan selera.. nak parking pun senang sebab memang medan selera RTC ni area parking dah=)
Jom kita layan gambar-gambar yang sempat saya snap time gi makan hari tu=)
anda juga boleh baca Tips Kawal Nafsu Makan di Sini
Budu |
gulai ikan keli..favaorite kami ni |
ayam goreng rangup ni kegemaran kami |
ikan singgang |
jom sama-sama pakat gi make Nasi Ulam Cikgu di RTC Tunjung =)
0 comments:
Post a Comment