Salam ceria semua! Pastikan hidup kita sentiasa positif. Walaupun sedang menghadapi kesulitan kita mesti sentiasa positif dan berdoalah kepada Allah supaya segala kekusutan terungkai dan kesulitan terhapus.
Entri saya kali ini agak serius iaitu tentang punca, simptom, diagnos dan rawatan untuk PCOS. PCOS bermaksud Polycistic Ovarian Syndrom.
Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen danprogesteron.
PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.
Sebelum itu mari
kita baca beberapa fakta mengenai PCOS
· Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system
reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi
kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. .
· Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
· Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur
mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap
PCOS.
· Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang
dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
· Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak
yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang
berlebihan.
· PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum
dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan
penyakit keturunan.
· Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu
sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnos secara klinikal menjadi sukar
untuk dibuat.
· Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil
ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan
pada muka dan keguguran rambut.
Bagaimana
cara untuk mendiagnos bagi mengenal pasti sama ada anda mengidap PCOS atau
tidak?
Diagnosa
PCOS boleh dibuat dengan cara:
· Menjalani
ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
· Ujian
tahap hormon testosterone dalam badan
· Ujian
ultrasound
Rawatan
untuk PCOS:
Setakat
ini masih belum ada ubat untuk merawat PCOS. Ia adalah penyakit sepanjang
hayat. Pengidap PCOS masih ada harapan untuk hamil. Pengidap PCOS yang ingin
mengandung perlu mengambil pil hormon seperti GLA Complex Shaklee dan set
kesuburan wanita.
Jangan
memandang rendah jika anda mempunyai masalah haid tidak menentu, darah haid
yang banyak dan berat badan berlebihan kerana ia boleh menjejaskan peluang
anda untuk hamil. Berjumpalah doktor dengan segara.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
IZMA ANIS ISMAIL / MESRA MUSLIMAH
♥ sms/whatsApp: 012-990 0190
♥ Fb: https://www.facebook.com/MesraVitaminShoppe
https://www.facebook.com/mesra.muslimah
0 comments:
Post a Comment