- Membekalkan tenaga
- Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
- Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit
Perbezaan Shaklee:
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
ESP Shaklee / Energizing Soy Protein ( ESP ) ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualitiprotein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” ( non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP Shaklee / Energizing Soy Protein ( ESP ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
ESP Shaklee / Energizing Soy Protein ( ESP ) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.
Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggal manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengahprotein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP Shaklee / Energizing Soy Protein ( ESP ) dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
Manfaat Utama:
- Awet Muda – Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
- Baik untuk Hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
- Baik Untuk Prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
- Kulit Remaja – Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
- Pembekal Tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
- Membaiki Pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
- Membaiki Memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Kepentingan Protein
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.
Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-aminoperlu. Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.
Shaklee menggunakan peroses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.
Rekomendasi :
2 – 3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong) (boleh campur dengan Meal Shakes danPerformance Drink Shaklee)
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
IZMA ANIS ISMAIL / MESRA MUSLIMAH
♥ sms/whatsApp: 012-990 0190
♥ Fb: https://www.facebook.com/MesraVitaminShoppe
https://www.facebook.com/mesra.muslimah
Saya pencinta esp. .
ReplyDeleteRasanya best bila bancuh dgn susu strawberry. ..
Kulit pun cantik gebu je...
Yang oenying sihat..susu badan pekat.
terima kasih atas komen puan ziela..hehe
ReplyDelete