Showing posts with label PENGEDAR SHAKLEE KOTA BHARU. Show all posts
Showing posts with label PENGEDAR SHAKLEE KOTA BHARU. Show all posts

PENGEDAR SHAKLEE YANG MESRA - PENGHANTARAN PANTAS DENGAN KONSULTANSI TERBAIK

MENCARI PENGEDAR SHAKLEE PALING MESRA  DI SEKITAR ANDA? SERVIS PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA..PERKHIDMATAN COD KE KAWASAN BERHAMPIRAN 

  • KOTA BHARU
  • PASIR PUTEH
  • PASIR MAS
  • JERTEH



ANDA SEMUA  PERLU HUBUNGI SAYA UNTUK SEMUA INI..JOM KENALI PENGEDAR YANG MESRA DAN KENAPA PERLU DAPATKAN PRODUK SHAKLEE DARIPADA SAYA =)


Bagi yang mempunyai masalah kesihatan juga yang nak dapatkan Vitamin kecantikan..biasanya perlu mendapatkan produk bersama konsultansi yang betul dan berpanjangan..bukan nya sekali beli terus senyap sunyi dah takde follow up untuk mengetahui perkembangan pelanggan. Ini satu masalah besar buat pelanggan, kerana mereka (selepas pembelian) masih perlu khidmat nasihat berkaitan produk..bagimana kesan langsung/mahupun kesan tak langsung,cara vitamin bertindak balas dengan badan..adakah normal atau tak normal , semua tu perlu di ambil peduli.


Insya Allah, jika anda dapatkan servis daripada saya..sehingga berpuas hati dan sentiasa keep in touch gitu=)



Biasanya di Fb saya lebih dikenali sebagai kak Mesra  FB: Mesra Muslimah..bagi yang dah sedia kenal, saya memang mesra orangnya, jadi tak perlu segan-segan jika anda nak ceritakan masalah kesihatan, masalah kulit penjagaan  tubuh, segala-galanya boleh kongsi dengan kak Mesra ye. Mungkin perbezaan kak Mesra dengan Pengedar Shaklee lain adalah bab level "mesra" tu lebih sikit..hehehe..dan pastinya kak Mesra lebihkan "SENYUM" untuk anda semua berbanding orang lain. Bila kita sentiasa senyum, pelanggan pun takde rasa asing nak berborak ngan kita kan.







SERVIS TERBAIK DARI KAK MESRA


 Seperti sedia maklum, selain the best konsultasi (yang tepat dan betul) , kak Mesra akan sentiasa kongsi ilmu kesihatan dan kecantikan (melalui group whatsapp) yang ini kak Mesra akan minta kebenaran dulu jika pelanggan-pelanggan kak Mesra setuju nak join group whatsapp kami. Segala tips kesihatan kak mesra update kat group, kita tak borak yang merapu..segalanya pasal ilmu=)




WILAYAH TAKLUKAN COD KAK MESRA


Kak Mesra akan menghantar produk selamat ke tangan pelanggan bagi mereka yang hampir dengan kawasan COD kak Mesra..bila COD kelebihan nya kita dapat bertemu mata dengan pelanggan dan terus bagi konsultasi secara berdepan, itu yang best. Biasanya Pelanggan akan dapat rasa aura sebenar servis yang best bila bercakap berdepan gini kan. bagi yang tinggal sekitar KOTA BHARU, PASIR MAS, PASIR PUTEH DAN JERTEH..dapatlah kita ber 'COD'


yang jauh dari kawasan taklukan, tiada yang mustahil..konsultansi secara maya pastinya takkan berubah sedikit pun, input tetap sama. Yang nak dapatkan produk Shaklee..seperti biasa.. kita pos laju kan pesanan anda.. order hari ni, Insya Allah hari ini kita pos (jika bayaran di terima sebelum petang) 







Bagaimana Nak Order? 

Takde kena ikut syarat peraturan yang remeh pun.. servis kak Mesra kan relax aje, santai dan best.. whatsapp @sms je ke nombor kak Mesra.. bagitau nak Vitamin apa (jika dah biasa beli) yang baru, 
Bagitau je masalah anda, kita bincang, deal bebaik, capai persetujuan, terus proceed.. kak Mesra akan bagi detail bayaran, no akaun dan sebagainya melalui mesej, senang bukan? 

Yang khidmat Cod.. set time, jumpa, terima barang &bayar.. ok kan=) 

Jadi apa di risaukan lagi,  hubungi kak Mesra ye=)





PENGEDAR SHAKLEE YANG MESRA


012-9900-190


COD:KOTA BHARU, PASIR PUTEH, PASIR MAS, JERTEH/BESUT



POS SELURUH MALAYSIA





NASI ULAM CIKGU DI RTC TUNJUNG KELANTAN

Bagi warga Kelantan..Nasi Ulam Cikgu memang sudah tersohor serata alam..keistimewaan Nasi Ulam Cikgu tak perlu saya nak ceritakan lagi dah..selain daripada harga nya yang amat murah..lauk pauk yang di sediakan memang memenuhi citarasa  Ore Kelate


Saya di antara peminat setia Nasi Ulam Cikgu..kerangupan ayam goreng kat situ tambah pulak dengan kuah gulai ikan keli memang ummphhhh lah. Sos wajib ulam budu tu jangan sesekali tinggal..haaa..3 menu ni adalah lauk wajib yang kami selalu makan..kami ni jenis tak reti makan lauk banyak..memang ini je la menu yang kami amik letak atas meja

Yang saya nak citekan kali ni..Nasi Ulam Cikgu dah buka cawangan baru iaitu di RTC Tunjung..saya ni duk Pasir Mas..jadi memang dekat sangatla dengan RTC tu..memang happy sangat bila tau ada cawangan baru kat situ. Biasanya kami akan ke KB untuk makan nasi ulam cikgu ni..(satu lagi cawangan di Pengkalan Chepa)

Sebenarnya ramai yang tak tahu Nasi Ulam Cikgu yang ada kat RTC Tunjung ni..jadi buat mereka yang belum tahu..ni saya nak bagitau..bukannya baru buka pun..dah masuk 2 tahun dah di buka..kitorang pun kiranya dah jadi pelanggan tetap kat RTC tu lebih kurang 2 tahun jugak la.. beza cawangan di RTC ni tempatnya tak sebesar di 2 cawangan yang lain..namun menunya tetap sama..itu yang best



Dekat sini suasananya lebih santai..relax je tak perlu nak beratur..nak berebut..nak kena chupp tempat..sebab tu saya lebih suka pilih makan kat RTC ni compare dengan KB dan PC (lagipun paling dekat dengan lokasi tempat tingal saya) 
Pengunjung tak sesesak di KB & PC..kalau kat tempat tumpuan utama tu..memang agak haru sikit la sebab nak kena bersesak-sesak..so kelebihan paling syok kat sini..suasana yang amat santai.

Lokasi Nasi Ulam Cikgu ni betul-betul dalam RTC kat tempat medan selera.. nak parking pun senang sebab memang medan selera RTC ni area parking dah=) 

Jom kita layan gambar-gambar yang sempat saya snap time gi makan hari tu=)


anda juga boleh baca Tips Kawal Nafsu Makan  di Sini



Budu





gulai ikan keli..favaorite kami ni

ayam goreng rangup ni kegemaran kami

ikan singgang





jom sama-sama pakat gi make Nasi Ulam Cikgu di RTC Tunjung =)


Cara Atasi Masalah Punggung Menggerutu Agar Suami Tak Cari Lain

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan, aset utama wanita (wajah, payudara & punggung) adalah yang paling dititik beratkan dalam penjagaan diri.

Namun masih ramai lagi yang kurang memberi perhatian kepada aset utama wanita ini hingga menimbulkan masalah kepada diri sendiri.


Punggung merupakan kawasan yang kurang di beri perhatian berbanding 2 lagi aset utama wanita yang saya sebutkan di atas. 

Kaum hawa beranggapan mandi dengan sabun sudah mencukupi untuk membersihkan seluruh anggota badan.
Sebenarnya tidak begitu, kulit di bahagian punggung juga harus di beri perhatian lebih (lebih-lebih lagi ia juga aset utama kita). 

Persekitaran yang sering terdedah dengan debu, cahaya matahari, perpeluhan dan sebagainya menyebabkan kotoran terperangkap di badan.. kita mungkin tidak sedar bakteria juga banyak berkumpul di tempat yang tersembunyi (sekitar punggung)



Punca Punggung Menggerutu

Bukan setakat kulit wajah sahaja yang nak licin dan gebu.. kulit lain pun nak kena gebu & licin sama jugak kan.
Banyak punca yang menyebabkan kulit Punggung Menggerutu.. antaranya adalah:

* jerawat-jerawat kecil
* selulit
* kudis/parut

cuba kita lihat pada punca pertama iaitu yang paling di nilai super menggerutu di kalangan menggerutu (jerawat kecik²)




PUNCA JERAWAT DI PUNGGUNG

Ramai yang salah faham  punca jerawat ini hanyalah daripada kotoran. Sebenarnya ada banyak lagi.

Punca- punca jerawat yang utama adalah:

a) Hormon Androgen Yang Berlebihan
b) Ketidakseimbangan Hormon
c) Sebum Yang Terlalu Aktif
d) Pembiakan Bakteria
e) Masalah Keturunan

Untuk menghilangkan jerawat  haruslah  mengatasi puncanya dahulu. Jika hanya mandi dengan sabun memang tak mampu menghilangkan jerawat ini.



CARA HILANGKAN JERAWAT DI PUNGGUNG DENGAN VITAMIN

GLA Complex

Gamma Linolenic Acid atau GLA adalah diekstrak daripada minyak Borage. GLA sangat mujarab dalam cara menghilangkan jerawat. GLA berfungsi untuk mengawal keseimbangan hormon dalam badan dengan mengawalselia hormon Estrogen dan Androgen. Ini akan juga mengawal keaktifan Sebum yang menghasilkan minyak yang berlebihan. GLA juga mengurangkan rasa gatal dan kulit kering akibat daripada jerawat.


Sustained Released Vita C

Ini adalah Vitamin C moden yang semulajadi. Teknologi Sustained Released bermaksud Vitamin C akan dilepaskan 100mg pada setiap jam berturut- turut selama 5 jam.
Oleh itu vitamin C akan kekal dalam darah selama tempoh itu. Jadi, patutlah kesannya cepat pada jerawat. Pastinya Vitamin C adalah ejen cara hilangkan jerawat dengan terbaik.Vitamin C akan menambahkan penghasilan kolagen oleh kulit. Selain menegang, kolagen juga berfungsi membaiki kulit. Maka jerawat akan kecut dan kulit semakin cerah.


Garlic Complex – Antibiotik Semulajadi


Garlic ialah antibiotik semulajadi yang juga cara menghilangkan jerawat yang sememangnya ada bakteria. Garlic membunuh bakteria, mengurangkan kegatalan pada kulit dan mengimbangi hormon dalam tubuh.
Bakteria sangat mudah datang daripada sentuhan. Jadi, kurangkan sentuhan pada kulit yang berjerawat untuk menghalang ia menjadi lebih teruk.


ESP – Energizing Soy Protein


Dibuat daripada Non GMO soya. Maksudnya ESP dibuat daripada soya yang selamat dan tidak diubahsuai. ESP sangat penting dalam cara menghilangkan jerawat kerana fungsi di bawah:
*Kaya dengan isoflavones yang sangat baik untuk hormon wanita
*Meremajakan kulit dengan membentuk kulit baru yang cantik
*Mengembalikan tona kulit
*Mempercepatkan penyembuhan luka jerawat
*Menegangkan kulit
*Mengurangkan kedutan


Herbal Blend® Multi-Purpose Cream


Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras.
Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary

Punca jerawat sama sahaja,di wajah mahupun di punggung.. Vitamin untuk Jerawat ini memang terbukti berkesan untuk menghapuskan mana-mana jerawat yang ada tak kira di muka atau di bahagian kulit yng lain.. satu tubuh di baiki kiranya


TIPS PENJAGAAN PUNGGUNG UNTUK KEKAL BERSIH

apabila JERAWAT tumbuh, anda harus tahu cara penjagaan agar punggung anda bebas dari segala kekotoran. Kami kongsi lagi tips di sini:


Mandi
Langkah mudah untuk mengatasi masalah jerawat adalah rajin mandi setelah bekerja setiap hari. Mandi dapat menghilangkan bakteria dalam tubuh dan yang menyumbat liang pori. Apalagi selepas bersenam atau banyak mengeluarkan peluh.



Pakai Pakaian Yang Longgar
Kulit punggung pun perlu bernafas, lebih baik elakkan memakai pakaian ketat terlalu lama apalagi dengan bahan yang tidak menyerap peluh. Pilih pakaian longgar untuk aktiviti berat yang menyebabkan perpeluhan.

Scrub
Lakukan scrubbing seluruh badan dan terutamanya di bahagian punggung untuk membantu proses penggelupasan sel kulit mati sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jangan dilakukan ketika punggung sudah berjerawat nanti padah yang datang.



Makanan Berminyak
Elakkan pengambilan makanan yang berminyak, dan juga makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti gula dan karbohidrat. Cukup pengambilan air dalam tubuh dapat membantu menyingkirkan jerawat.

Tekanan
Tekanan ternyata boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Atasi dengan berfikir positif untuk menormalkan emosi dan fikiran



Ok.. cukup dulu tips hari ini bagi membantu anda yang bermasalah akibat kulit punggung menggerutu.. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua

kepada sang suami..jika isteri bermasalah dengan punggung menggerutu jangan cepat sangat nak cari yang lain..benda yan simple je ni..ikuti langkah-langkah di atas..pasti kulit isteri licin berseri..usaha dulu sembuhkan jangan usaha cari yang lain=)

untuk sang isteri..
Sayangi suami sendiri dan penting menjaga kesihatan diri..
salam sayang =)


my Care Line :012-9900 190

Puan Anis yang Mesra

KULIT BAYI BERMASALAH SELESAI DENGAN KRIM HERBAL BLEND (TESTIMONI)

Masalah kulit di kalangan anak kecil adalah benda biasa yang harus di lalui oleh ibu bapa.. walaupun biasa.. bila dah kena kat anak sendiri sedaya upaya kita tak nak sakit ni berlarutan.. kalau boleh seminit pun tak nak anak sakit ke gatal ke kan?

kali ni saya nak share testimoni seorang ibu yang puas hati menggunakan Herbal Blend pada kulit baby nya yang bermasalah (gelembung air)

JOM KITA BACA TESTIMONI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya nak share pasal Herbal Blend Shaklee yang sangat sangat awesome tau..
Rugi pulak rase bile tak share benda ni..
.
Awal bulan 9 hari tu, saya baru jer melahirkan hero yang ke 3. Berat 3.55kg.. Alhamdulillah semua selamat.. Esoknya boleh terus balik rumah..
.
Tapi sebab dengan cuaca panas dan jaundis lagi, kulit anak jadi sensitif dan tiba- tiba naik gelembung air kat belakang leher.. Mula -mula naik kecil jer.. Takpe la.. Kiteorang fikir maybe ruam atau kalo orang kelantan panggil 'cemar peluh'.
.
Pastu esoknye, nurse KK datang melawat kat rumah. Terus disuruhnye ke KK untuk jumpa doktor sebab risau takut jangkit dengan anak-anak lain kalau gelembung air tu pecah.
.
Sape tak risau kan? Bawak la g jumpe doktor kat KK sambil nak check jaundis. Doktor tu pun bagi ubat HYDROCORTISONE. Bila balik, terfikir jugak nak letak ke ubat yang doktor bagi tu sebab tau dalam tu ada steroid.
.
Suami suruh sapu jer la ubat tu. Takpe la, sapu jer la ubat tu. Finally esoknya, mak ai tengok gelembung air tu makin besar. Dalam gambar tu, gelembung air yang makin besar lepas sapu ubat doktor bagi tu.
.
Saya pun nekad tak nak sapu dah ubat doktor bagi tu. Bila dah jadi mak ni kan, instinct kedoktoran tu ada sikit-sikit. Apa lagi try jadi doktor la sekejap.
.
Lepas mandikan anak, saya amek tisu saya pecahkan gelembung air tu. Habis keluar air bisa kaler kuning tu. Lepas tu saya sapu krim Herbal Blend Shaklee tu.
.
Alhamdulillah.. Petang tu terus kering gelembung air tu. Dah tak nak gelembung air tu. Dalam 3 hari lepas tu, parut- parut gelembung semua dah hilang. Alhamdulillah lega sangat.
.
Sekarang ni memang wajib ada krim ajaib ni. Kena gigit nyamuk pun saya sapu tau. Nanti bekas hitam kena gigit nyamuk tu hilang..
.
Rugi tau sape yang tak pernah mencubanya. Yang ada anak kecik tu saya syorkan sediakan satu krim ajaib ni. Ruam lampin, gatal- gatal, ruam peluh memang berkesan sangat bila guna krim ni..
.
Bila nak keluar rumah benda ni la yang wajib ada dalam handbeg saya. Kadang boleh lupa amek fon, tapi krim ni memang tak pernah miss punye

nak dapatkan krim HERBAL BLEND.. boleh hubungi saya di Talian Mesra 


012-9900 190 my Care Line=) 



JERAWAT TERUK HINGGA RASA RENDAH DIRI DAN BENCI PADA WAJAH SENDIRI

SALAM

Hari ni saya nak kongsikan kisah pengguna Shaklee yang mengalami masalah Jerawat teruk yang menyebabkan beliau merasa rendah diri terhadap kulit wajah sendiri.

Tidak di nafikan ramai lagi di luar sana yang mengalami nasib yang sama..biasanya masalah yang melibatkan hormon, salah guna produk dan sebagainya yang membawa kepada masalah jerawat  yang serius

apa kata kita baca sampai habis testimoni dari Puan Lisa Kelvin ini..



JOM KITA BACA TESTIMONI BEST


Salam buat semua,

Nama saya Lisa Laing. Saya seorang ibu dan surirumah. Pengalaman saya bersama Shaklee sangat mengembirakan saya dan keyakinan diri saya kembali bila berhadapan dengan orang.Tiada lagi perasaan rendah diri dan benci pada diri sendiri setiap kali melihat.


Perkongsian saya adalah berkaitan dengan kulit wajah saya yang bermasalah teruk selepas saya melahirkan anak pertama pada November Tahun 2010. Wajah yang bebas jerawat dan bersih licin tiba-tiba dipenuhi dengan jerawat yang sangat teruk. Lebih parah ia sakit bagaikan kulit terbakar bila dicuci.

Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat saya. Namun tidak juga sembuh. Tetapi ia membuat muka saya ditumbuhi dengan lebih banyak jerawat,kulit muka kemerahan serta kulit terasa terbakar kepedihan setiap kali muka dicuci.

Saya pernah berjumpa Doktor pakar kulit swasta. Doktor memberitahu bahawa masalah saya timbul disebabkan Hormon Exchange selepas bersalin. Ubat yang dibagi doktor memang membantu tetapi bila tidak meneruskan pengambilan ubat yang dibagi doktor jerawat saya timbul dan lebih parah lagi jerawat muka saya semakin teruk. Bayangkan dalam 1 bulan perlu follow up 2 kali dalam 1 bulan. Dalam 1 bulan sahaja ratusan ringgit melayang tanpa kesan memuaskan. Saya sangat berputus asa.

Itulah kisah saya tanpa Shaklee.

Permulaan saya bersama Shaklee bermula apabila saya melayari internet. Banyak sangat testimoni berkaitan kebaikan Shaklee di internet. Hati saya tergerak untuk mencuba produk Shaklee.

(Jika tidak silap saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2012.)

Saya merasa bersyukur sangat kerana Shaklee telah membantu saya dalam mengatasi kulit muka yang ditumbuhi jerawat teruk . Kini jerawat teruk bagaikan membakar wajah saya telah hilang buat selamanya. Terima Kasih sangat kepada pengasas Shaklee ini kerana telah mengeluarkan produk yang sangat terbaik.

Sekarang tanpa meneruskan pengambilan Shaklee kulit muka saya tetap sihat dan bebas jerawat. Ada pun jerawat timbul jerawat nakal yang datang sekejap sehaja.
( Hampir 1 tahun mulai 2014 tidak meneruskan pengambilan Shaklee kecuali ambil Vitamin C sahaja )

Lebih mengembirakan saya ialah sekarang saya tidak perlu guna makeup tebal bila berjumpa kawan. Kadang tanpa makeup pergi ke kedai.

Ini adalah senarai produk yang saya ambil:
1) Awal pengambilan hanya dengan Vitamin C dan ESP
2) Bulan seterusnya ada bajet saya tambah Alfafa
3) Ada bajet lagi saya beli GLA untuk bantu stabilkan hormon
4) Bulan seterusnya saya beli Vitamin E
5) Disebabkan saya tidak dapat guna sebarangan produk pencuci muka saya pun mencuba Enfuselle Gel Cleansing. Tidak memedihkan kulit muka saya.

Lihat sendiri testimoni saya. Gambar dulu dan terbaru sekarang (6/10/2015). Tanpa pengunaan berterusan tiada lagi jerawat teruk timbul walaupun saya baru lepas bersalin pada 2/8/2015.





credit kepada SupermomShakleeStory

untuk mencuba produk yang sama bersama konsultasi yang tepat dan mesra
hubungi saya

012-9900.190
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...