KETAHUI TEKNIK MENERAN YANG BETUL KETIKA HENDAK BERSALIN

Proses bersalin adalah satu daripada fasa terakhir perjalanan kehamilan seorang bakal ibu. Proses meneran adalah sebahagian daripada klimaks perjuangan seorang wanita mengeluarkan bayinya dari dalam rahim.

Meneran berlaku secara semula jadi ketika pintu rahim ibu sudah terbuka sepenuhnya. Bagaimanapun bakal ibu perlu belajar cara meneran dengan betul kerana ia dapat mengelakkan daripada berlaku koyakan teruk pada perineum atau digunting. Bagaimana cara meneran yang betul?

Jururawat yang membantu ibu ketika proses melahirkan bayi kerap mengingatkan agar ibu jangan mengangkat punggung ketika meneran dan memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.

Ia sememangnya mudah diucapkan tetapi tidak mudah untuk dipraktiskan apatah lagi apabila dalam keadaan panik.  Oleh itu pastikan, ibu turut berpesan kepada suami yang turut berada di sisi isteri ketika proses melahirkan anak untuk sama-sama membantu dan mendorong ketika meneran agar dapat mengelakkan risiko koyakan menjadi besar.

Ketahui tip meneran dengan betul. Ia memang berguna sebagai pengetahuan dan persediaan semasa anda sedang berjuang di atas katil wad bersalin nanti.

1. Angkat kepala sehingga mencecah dada.

2. Mata pandang ke perut.

3. Tangan pegang pergelangan kaki.

4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.

5. Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.

6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.

7. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi.

8. Dengar arahan jururawat dan doktor.

9. Elakkan menjerit-jerit sebaliknya banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai.

Teran tanpa suara dan mulut tertutup.

5. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar yang sembelit teruk, jangan hembus nafas, teran sekuat yang terdaya selama yang boleh. Curi nafas kita nafas sudah habis jangan hembus semua ya.

6. Baca bismilah, selawat dan Doa (LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) bagi yang beragama islam

Read more http://www.tipskesuburan.com/teknik-meneran-dengan-betul-supaya-mudah-melahirkan-anak/

Jangan pandang remeh tentang proses meneran ketika bersalin. Bertenang dan bersabar kerana ia kunci utama anda dapat mengharungi kesakitan bersalin dengan selamat.

SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...