Antara perkara paling dirisaukan dan ditakuti oleh ibu selepas bersalin adalah kawasan jahitan di vagina atau di perut (jika bersalin secara pembedahan).
Kebanyakan ibu akan berjalan perlahan kerana bimbang luka jahitan boleh terbuka. Apatah lagi memang orang tua-tua pesan supaya ibu lepas bersalin menjaga bahagian vagina yang baru mengalami luka bersalin.
Tetapi adakalanya disebabkan kesibukan menguruskan anak dan diri sendiri semasa berpantang (tiada pembantu) ada ibu yang perlu bergerak pantas. Tanpa disedari jahitan lukanya telah terbuka. Memang menakutkan!
Kes jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti. Menurut doktor, kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan berlaku jangkitan kuman pada luka bersalin.
Apakah tanda-tanda jahitan terbuka?
1. Rasa sakit yang teramat sangat lebih daripada dua hingga tiga hari. Ini kerana sudah ada jangkitan kuman sebab itu ibu berasa sakit lebih daripada dua hari.
2. Berlaku pembengkakan, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.
Antara komplikasi yang berlaku jika luka jahitan terbuka
1. Menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dala badan.
2. Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin.
3. Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusukan bayi kerana menanggung kesakitan pada luka tersebut.
4. Risiko luka lambat sembuh dan ibu perlu menanggung kesakitan dijahit semula.
5. Luka jahitan terbuka memang akan sembuh tetapi sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat.
Jadi, pastikan ibu menjaga kebersihan luka jahitan, mengawal pergerakan diri dan mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Pastikan badan cukup vitamin terutama vitamin C kerana ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
Vitamin C |
Ibu selepas bersalin, digalakkan mengambil multivitamin dan makan banyak sayur serta buah-buahan kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan masalah sembelit. Selain dari itu ikut nasihat doktor tentang penjagaan kawasan luka pembedahan. Jangan sekali-kali menggunakan sebarang ubat tradisional yang tiada jaminan tanpa nasihat doktor.
Multivitamin |
Vitamin zat besi juga amat sesuai buat ibu bersalin..fungsinya menyembuhkan luka..luka menjadi cepat kering
jika berminat untuk mengetahui set lengkap yang sesuai di ambil oleh ibu lepas bersalin ..boleh klik di sini Set Berpantang Lengkap
Puan Anis
Talian Mesra/CareLine 012-9900 190
0 comments:
Post a Comment