10 KELEBIHAN INI HANYA UNTUK IBU MENYUSU SAHAJA YANG DAPAT

Rasanya semua ibu sedia maklum tentang khasiat susu ibu yang tiada tolok bandingan kepada anak dan ibu sendiri.

Tetapi tanpa disedari ada sebab-sebab menarik yang hanya boleh dirasai apabila ibu menyusukan anak dengan susu ibu. Memang ohsem! Tak boleh dijual beli.


1. Senang Ibu Nak Berehat



Bila penat balik dari kerja tentu ibu rasa hendak relaks sekejap. Bagi ibu yang menyusukan anak, inilah masanya untuk berehat. Ambil anak, duduk atas sofa depan TV sambil susukan bayi. Sambil berehat dan meregangkan badan boleh juga layan drama di TV.


2. Bonding Time!




Bukan nak kata ibu yang bagi anak susu formula tiada apa-apa ikatan erat tetapi biasanya mesti ibu bagi botol susu kepada anak dan dia minum susu sendiri kan? Terutama kalau anak sudah usia lapan bulan ke atas sebab sudah pandai pegang botol susu sendiri. Betul tak? Jangan tipu!
Tapi ini tak akan berlaku kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Inilah masanya kita nak ulit si kecil. Dia pula mesti seronok memegang muka ibu, rambut ibu sambil tangan comelnya cuba masuk ke dalam mulut ibu. Tentu sahaja momen indah ini dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak.


3. Menyusu Di Mana-Mana




Boleh menyusukan bayi serta merta kalau bersiar-siar atau shopping di tempat orang ramai macam ekspo bayi atau mana-mana pusat membeli-belah. Tiba-tiba si kecil meragam hendak susu. Ibu boleh cari nursing room atau kalau tiada, guna sahaja nursing cover dan cari 'port' selamat untuk terus menyusukan bayi. Selesai masalah!
Tak perlu buka beg susu, keluarkan termos, bekas susu, botol susu dan macam-macam lagi aksesori untuk bancuh susu anak. Mudahkan!


4. Tak Perlu Bawa Banyak Beg




Kalau pergi travel memang mudah sebab tak perlu bawa banyak beg untuk mengangkut segala macam keperluan susu anak. Biasanya keperluan anak yang menyusu susu formula mesti ada botol susu, bekas susu, termos untuk isi air panas, air masak, sabun cuci botol susu. Kalau air panas habis dan tempat itu pula susah hendak dapat air panas, macam mana ya? Eh! susahnya.


5. Boleh Kurus!





Ibu menyusu mesti makan banyak makanan berkhasiat untuk menghasilkan banyak susu. Oleh itu tak payah risau fikirkan berat badan akan bertambah kalau makan banyak dan hendak diet. Sebaliknya makan banyak pun badan tetap maintain kurus sebab semua makanan yang dimakan bertukar menjadi susu untuk anak. Tapi pastikan makan makanan yang berkhasiat sahaja!

Baca juga Tips Meriahkan Susu Badan

6. Antibodi Anak Kuat





Jarang sekali anak yang mendapat susu ibu secara eksklusif akan demam, batuk dan selesema tetapi bukan bermaksud tak pernah jatuh sakit. Rasanya dalam setahun usia bayi yang minum susu ibu, mungkin ada sekali dua sahaja dia diserang virus selesema, batuk dan demam. Itupun cepat sangat baik dan kadang kala tak perlu jumpa doktor. Bagi anak minum susu ibu dengan kerap, Insha Allah dengan izin-Nya, anak kembali sihat.


7. Ubat Stres




Susu ibu boleh jadi ubat stres paling mujarab kepada ibu. Bagaimana? Tentu sahaja ibu menyusu yang bekerja tidak mahu susunya berkurangan setiap kali sesi mengepam. Kalau ibu stres susu akan merudum. Jadi, secara tak langsung ia mengajar ibu untuk lebih positif, bersabar, gembira demi memastikan penghasilan susu tiada masalah.


8. Jimat Duit

Ok, yang ini paling best! Siapa tak suka kalau boleh jimatkan perbelanjaan. Ibu menyusu tak perlu pening kepala memikirkan kos beli susu formula yang semakin mahal sekarang ini. Bagi ibu menyusu yang bekerja, hanya perlu keluar modal untuk beli pam payudara, botol/plastik simpan susu dan barang keperluan lain yang boleh digunakan dalam jangka masa lama. Memang menjimatkan.


9.  Risiko Rendah Dapat Kanser




Kajian mendapati tempoh tanpa haid sewaktu mengandung dan menyusu anak mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu kurang berisiko mendapat penyakit kanser payudara dan ovari. Penyakit yang paling ditakuti oleh para wanita.


10. Mengikut Syariat Allah SWT

Kisah susu ibu ada disebut dalam al-Quran. Ada banyak ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang susu ibu, antaranya Allah berfirman yang bermaksud "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu" (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Jadi, bertuah dan bersyukurlah ibu-ibu yang dapat menyusukan anak dengan susu ibu. Sesungguhnya anda telah berjaya mengikut syariat dari-Nya dengan keizinan-Nya juga.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...