Apakah perbezaan susu FORMULA dipasaran?
Susu formula adalah susu yang asasnya adalah daripada protin HAIWAN (Lembu/Kambing) atau KACANG (Soya). Sumber-sumber lain seperti karbohidrat, lemak ,vitamin, mineral dan garam-galian telah diformulasikan secara saintifik paling sesuai untuk seorang bayi manusia. Tiada satu susu formula pun yang mampu menandingi khasiat 100% seperti susu ibu.
Susu formula dihasilkan dan dipasarkan oleh syarikat-syarikat penghasilan susu yang bertauliah dan diberi kelulusan oleh badan kesihatan sedunia. Susu yang dihasil untuk pasaran mempunyai sumber-sumber mengikut PIAWAIAN perubatan & pemakanan yang ketat dan khusus sebelum di jual.
Namun itu, susu adalah sejenis sumber pemakanan, maka syarikat-syarikat pengeluar mempunyai hak untuk memasarkan produk mereka dengan cara tersendiri. Sumber-sumber tambahan yang di iklankan ada kebenarannya tetapi ia bukannya sejenis ubat yang dikawal penggunaannya oleh badan perubatan.
Dengan itu juga dengan penambahan sumber-sumber tambahan dan pemasaran yang besar-besaran, harga susu tertentu juga akan dinaikkan mengikut kadar semasa.
Adakah ini bermakna susu formula yang lebih mahal bermakna lebih baik untuk anak anda?
Tiada suatu susu formula pun yang mempunyai kualiti seperti susu ibu maka kebaikannya dipengaruhi oleh banyak faktor semasa bayi itu membesar termasuk persekitaran, rangsangan minda, kasih sayang dan ragam anak itu sendiri dari segi pemakanan. Susu adalah pemakanan yang lengkap yang menjadi asas kepada tumbesaran keseluruhan seorang bayi.
Kepandaian intelek, kesihatan keseluruhan dan perlindungan dari penyakit adalah dari ilmu pengetahuan ibubapa semasa menjaga dan melindingi anak-anak
Q & A
Susu Formula apa yang Terbaik
1) Susu formula yg terbaik utk anak tuan puan adalah yg dia minum tanpa ada problem
Betul ke susu soy based tak elok?
2) Susu SOYA telah lama diberikan kpd baby selama itu dan tiada masalah dan tidak membahayakan malah berkhasiat. Informasi yg disebarkan disalah-anggap.
2) Susu SOYA telah lama diberikan kpd baby selama itu dan tiada masalah dan tidak membahayakan malah berkhasiat. Informasi yg disebarkan disalah-anggap.
boleh tak saya beri anak saya yg berumur 3 thn minum susu kambing?
3) Tiada mudarat berikan susu kambing. Lembu dan kambing adalah haiwan kategori yg sama
3) Tiada mudarat berikan susu kambing. Lembu dan kambing adalah haiwan kategori yg sama
sy penah tanya dgn seorg doc, adakah anak ke2 sy akan sama menghidap alahan spt abg nye.. doc tu kata bg elakan ia terjd beliau syor kan minum susu yg ada HA
4)Susu H.A adalah susu Hypo-Allergenic. Susu ini adalah susu lembu yang dikurangkan risiko allergy kpd baby dgn cara hidrolisis...namun keberkesanannya berbeza dgn baby lain2.
susu formula ada yg high protein dan average..mana lebih baik untuk bayi mengelakkan sebarang alahan seperti badan bengkak.
5) Hanya susu yang 'khas' sahaja mempunyai kandungan protein yg tinggi utk rawatan pesakit2 yg kurang zat. Yang dipasaran mempunyai kandungan protein yg ditetapkan. Sekiranya baby ada alahan maka beliau akan alah kpd semua susu kategori yg sama.
sumber: Dr.Zarin zain
PENGEDAR SHAKLEE YANG MESRA
id: 926721
012-9900-190
id: 926721
012-9900-190
COD: PASIR PUTEH, PASIR MAS, JERTEH/BESUT
POS SELURUH MALAYSIA
POS SELURUH MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment