Omega Guard Shaklee

Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3
Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

 Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

Kelebihan OMEGA GUARD untuk kanak-kanak: Cara atasi masalah anak lambat membaca

OMEGA GUARD bukan sahaja vitamin yang boleh dimakan oleh orang dewasa mahupun warga emas tetapi juga boleh diberi kepada kanak-kanak sejak dari umur 1 tahun ke atas. Pemakanan Omega Guard membantu otak kanak-kanak berkembang baik dan menjadikan mereka lebih fokus dalam pembelajaran serta membantu untuk masalah anak lambat membaca.

Kenapa Omega Guard boleh membantu kanak-kanak untuk mudah belajar?

Majoriti daripada otak adalah terdiri daripada lemak "baik" lemak yang dikenali sebagai asid lemak, dan majoriti ini asd lemak yang "baik" adalah Omega-3. Kajian telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan Omega-3 boleh menyebabkan keupayaan pembelajaran meningkat, kemahiran menyelesaikan masalah, tumpuan, ingatan, dan komunikasi antara sel-sel. Omega-3 juga telah terbukti untuk membantu menggalakkan perasaan positif dan keseimbangan emosi, dan boleh membantu orang ramai mengekalkan keupayaan mental yang sihat seiring dengan peningkatan usia.

Disebabkan DHA mempengaruhi otak untuk terus berkembang, ia kini termasuk pemakanan yang diperlukan untuk kanak-kanak. Bukan sahaja bayi. Bukan sahaja kanak-kanak kecil tetapi juga kanak-kanak yang hampir remaja

Pada usia 5 tahun misalnya otak kanak-kanak telah berkembang dan maju pada kadar tidak seperti mana-mana masa lain dalam kitaran hayat manusia. Sel-sel di dalam otak, retina, jantung dan bahagian-bahagian lain dalam sistem saraf masih berkembang, jadi pengambilan DHA harian yang mencukupi adalah penting.

Bagaimana Omega Guard boleh membantu kanak-kanak untuk mudah belajar?

Dalam otak terdapat satu sel yang dinamakan neuron.Neuron adalah sel-sel yang menghantar mesej di seluruh otak dan ke bahagian badan yang lain. Membran ( atau dinding ) di sekitar neuron ini terdiri daripada lemak " baik". Bagi membolehkan neuron untuk berkomunikasi dengan betul, membran ini perlu fleksibel untuk membolehkan molekul penting untuk melaluinya. Beberapa faktor, termasuk umur dan diet yang tinggi kolesterol dan lemak tepu, boleh menyebabkan membran ini untuk mengeraskan dan kurang lembut. Ketegangan ini tidak membenarkan molekul yang diperlukan untuk tembus melalui neuron dengan betul dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan mood,kesukaran dalam pembelajaran, sukar mengingati maklumat, dan penurunan lain dalam fungsi otak.

Dengan menambahkan diet kanak-kanak dengan Omega -3, ia boleh mengembalikan sifat fleksibel dan lembut membran sel terhadap neuron di dalam otak anak anda , menyebabkan peningkatan komunikasi sel dan fungsi otak.

Di samping itu, Omega- 3 memberi faedah terhadap fungsi otak dengan bertindak sebagai pembersih darah, menjadikan darah kurang melekit dan lebih cair . Ini membolehkan lebih banyak oksigen untuk sampai ke otak dan untuk memberi energy kepada otak.

Bagaimana ingin memberi anak makan OMEGA GUARD? 

Omega Guard berbentuk kapsul. Terdapat beberapa cara bagaimana untuk memberi anak makan OMEGA GUARD

1. Jika anak berumur 1 tahun ke atas di mana masih tidak pandai untuk menelan, ibu boleh picit softgel omega, letak di dalam sudu dan suap terus ke mulut anak.
2. Jika cara 1 tidak dapat diterima anak, ibu boleh mencampurkan dalam makanannya dan digaul bersama.
3. Omega guard juga boleh dikunyah begitu sahaja. Anak saya cukup suka mengunyah omega guard seolah mengunyah gula-gula.
4. Bagi anak yang dah mampu untuk menelan, maka mereka boleh makan denganmenelan 1 biji omega setiap hari atau selang sehari.

Bagaimana untuk mendapatkan OMEGA GUARD sebagai vitamin tambahan untuk membantu anak anda mudah dan bijak belajar serta cepat membaca? Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA PROMOSI yang terbaik bulan Disember. 



SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...